Sunday, October 12, 2008

mari mengeji

aku dah la tak pandai sangat tapi nak jugak menulis pasal benda bendi..macam yang korang akan baca dibawah kelak.

aku menyampah ngan program universiti.program pelajar dorang lah.walaupun aku adalah budak nubersiti.yer aku tak join menda menda ni.mampus apa orang nak cakap tapi aku memang tak suka.sebab apa?
satu: program motivasi budak sekolah

alamak bosannya.berbondong bondong datang budak 'U' konon.abang2 kakak2 angkat datang nak bagi semangat pada budak sekolah yang nak exam.sampai kat sekolah tuh.main game yang konon akan tingkatkan ukhwah.wek!.akan menambah minat nak berjaya.double wek.padahal baru minggu lepas tuh jer sekolah tuh upah motivator yang payment dia rm 2k sehari.kejadahnya apa ko (bebudak 'u') nak datang lagi?

pastu bila datang, konon jadi facilitator.actually sekor dua jer yang commit.yang lain datang sana sebab ada makan free and dapat dating secara terhormat.aduh.yang single ini lah masanya nak cari awek faci.seronok wo.sedangkan back tu uni.asignment pon copy orang punya.pointer lagilah.kalau budak sekolah tahu.mau pakat gelak dua tiga hari. disebabkan p program sana sini pelajaran tinggal.pastu bagi excuse letter kat lecturer.lect pon nak muntah dah tgk surat tuh.apa lagi muka 'budak u yang ter''aktivate' sangat ni.balik balik muka dia masuk program sampai sabah serawak.hampeh!.

dua: program masuk kampung orang asli.

halamak minggu lepas uitm datang dah..minggu ni uia la plaks.habis la ayam orang kampung nak jamu dorang nih.pastu cakap menda yang sama.bosanlah.

takder program lain ker?ini nak kasi ceramah kat orang yang dah baik.datang sekali sekala takper lah.ini satu sem dua kali.itu baru uia.lom kira uni lain lagi.

aku memang anti sangat dua program ni.atas sebab2 macam diatas la.tapi ada lagi alasan tapi malas nak tulis.tak cukup motivasi.sebab 'motivator' pergi ajak budak sekolah rather than bimbing rakan sebaya.

solution:

ini cadangan aku ler.dari buat program motibesi pada budak sekolah yang jangka hayat kesedaran dorang ala ala dua tiga hari tuh better le korang buat program kesedaran kat mat mat rempit kat luar sana.kat minah2 bohsie.kat mat mat klabing <- eh ini aku..ops.kat mat pit.kan ker bagus.

aku rasa ini lebih bagus sepuluh kali ganda.sebab bukan ko sorang pemuda harapan bangsa.orang lain pon boleh gak.better bimbing rakan sebaya korang.dari berarak nak mintak mansuh auku.wat aper? dari ko gedik2 nak masuk politik kasi betul dulu 'bakal rakyat' ko kat luar sana.unless la ko nak tukar rakyat ko yang terlebih makmur kepada padanan yang lebih vouge.more nepal than malay ker?

dari korang gedik2 masuk kampung orang asli.cuba la korang wat program kat umah anak yatim ker.jadi abang ker kakak dorang.ajar dorang. paling elok lagi pergi la wat program ker rumah orang2 tua.jadi cucu angkat.jadi sukarelawan kat sana.aku rasa program ni sejuta kali lebih baik dari program pelajar nak mansuh2 auku ni.ptuii

last but not least la bak kata orang puteh.jadi ler sukarelawan yang tidak politik..satu.sukarela menjaga tanah air. dari pencerobohan orang asing.(PATI la bengap) dua jadi sukarela menjaga alam sekitar (the world today alah loan dari generasi masa depan) ketiga jadilah sukarelawan kat zoo.or kat pusat haiwan liar..i bet..this program better than program2 yang bebudak u nak wat.

p/s napa aku tak wat sendiri program2 ni?..maaf cpk adalah seekor pencarut baca idealis..maknanya?aku pemalas la..dah!

Thursday, October 9, 2008

im rich! pakcik kayo..

yo kalau enti den yang lopeh..den khoba'an nak duit ghayo sampai seghibu..tapi sobab den ghayo kek umah yo..tak dapek seghibu..lobih laie den dapek..sepuloh ghibu..humang ai..kayo rayo den na ri..ne ha den tunjuk duit ghayo yang den dapek tuh ari..korang toksah jeles..memang makan hati punyo lah..
**nota editor : kelihatan cpk sedang menvandalis diri sendiri dengan lemang dan ketupat rendang kuih raya dan sebagainya..segala urusan dan interview tak dapat di jalan kan..dont touch me katanya.

maaf kerana redirect..

maaf kerana redirect..ini kerana si ogie gelpren si borhan telah meng'bookmark' blog cpk..

Monday, April 21, 2008

dalam hati ini berbicara tentang semalam
sedang minda ini sudah pasrah dan ingin melantun ke masa depan
oh jiwa dengarlah
mengapa kau tidak pernah sunyi dari kesuyian dan rona kisah semalam


oh biarkan aku disini tanpa belas.kerna cinta yg pernah menjadi ruang hatiku
menjadi penjara mengurung riang tawa.

Tuesday, February 26, 2008

apa ya?

entah berapa kali dalam hidup ini aku pernah tewas,
dan entah berapa kali pula aku pernah menang,
namun sekali ini aku ingin pula ini menjadi seseorang yang bukan pemenang
dan bukan seseorang yang kalah..
adakah perkara serupa itu?

Thursday, February 21, 2008

rindu

entah mengapa rindu pada kehadiran yang tidak pernah datang
rindu pada wajah yang tidak pernah ditatap
gila aku merindui tangan sasa itu memeluk tubuh ini
tapi pada siapa hendak ku sampaikan rindu ini?

Friday, February 8, 2008

kata hati

semalam aku tidak pernah termimpi menemui dirimu
sedang hari ini aku tidak terfikir untuk bersamamu
dan esok aku tidak tahu adakah kita akan kekal bersama?